fbpx

10 maut: Pemandu treler didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Elite di Subang Jaya baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3 Lebuhraya ELITE, dekat sini, Jumaat lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Keputusan yang diperoleh adalah mendakwa suspek di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang ibu bersama lapan anaknya termasuk seorang bayi maut selepas kereta jenis Proton Wira yang berhenti akibat mengalami kerosakan dipercayai dilanggar treler.

Mangsa yang terkorban adalah Norul Naziah dan empat anaknya iaitu Razarul Amin Abd. Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.

Empat lagi anak suri rumah itu turut maut iaitu Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Tragedi itu turut mengorbankan Mohamad Rahimi Rolex yang dipercayai mahu membantu membaiki kereta keluarga tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI