fbpx

TNB tutup sementara 333 pencawang elektrik susulan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup sementara 333 pencawang elektriknya melibatkan beberapa buah negeri yang mengalami banjir sejak semalam.

Penutupan tersebut membabitkan pencawang di negeri Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, penutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna.

Menurut beliau, TNB sentiasa berusaha memulihkan bekalan dengan mengambil kira aspek keselamatan pengguna dan pekerja TNB.

“Sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, Kelantan (7) Selangor (117), Kuala
Lumpur (45) Melaka (10) dan Negeri Sembilan (17).

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi penutupan itu melibatkan 17,251 pengguna di Pahang, Selangor (5,062), Kuala Lumpur (4,450), Melaka (634), Kelantan (470) dan 284 pengguna di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat mengenai operasi TNB dan langkah-langkah yang diambil ketika dan selepas banjir, di Metro Regional Control Center (MRCC) , Kompleks Ibu Pejabat TNB, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpuas hati dengan kesiapsiagaan TNB dalam usaha yang berterusan menjaga bekalan elektrik dan memastikan keselamatan orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.

Mengulas lanjut, Baharin berkata, TNB turut memberikan bekalan elektrik melalui set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan sementara yang tidak menerima bekalan daripada pencawang.

Beliau menambah, pihaknya memahami kesukaran yang dialami para mangsa banjir, namun keselamatan mereka tetap menjadi pertimbangan utama dalam proses pemulihan bekalan tenaga apabila air surut.

“Terima kasih atas persefahaman dan kesabaran masing-masing untuk membolehkan TNB mengambil langkah perlu demi memastikan keselamatan terjamin sepanjang proses pemulihan bekalan.

“Terima kasih juga kepada warga kerja barisan hadapan TNB yang bertungkus lumus di lapangan dan saya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan mematuhi langkah-langkah keselamatannya,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI