fbpx

Tidak boleh terlalu leka menyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHYAR kembali ke pangkuan skuad negara untuk berdepan Indonesia malam ini selepas bebas daripada jangkitan Covid-19. – FB FAM

KEMUNCULAN semula pe­nyerang lincah, Akhyar Rashid dalam sesi latihan skuad negara tepat pada masanya menjelang aksi ‘hidup mati’ menentang Indonesia di Stadium Nasional Singa­pura malam ini.

Perkembangan itu memberi lebih banyak pilihan buat pengendali negara, Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikan pemain terbaik bagi merobek gawang lawan bagi memburu slot separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Cheng Hoe mengingatkan, siapa jua yang akan diturunkan pada aksi penting ini supaya tidak terlalu leka melakukan serangan bagi mengelak dihukum Indonesia.

“Tepat pada masanya apabila semua pemain kembali bersama pasukan. Kami akan analisa perlawanan Indonesia dan mereka juga pasti lakukan perkara sama.

“Kita tidak tahu Indonesia akan bermain bertahan ataupun menyerang. Paling penting, pemain perlu kreatif dalam mencipta peluang dan kena lebih klinikal setiap kali mendapat peluang menjaringkan gol.

“Tetapi, pemain juga perlu le­bih fleksibel kerana transisi Indonesia cukup laju. (Mampu dapat) gol awal atau pun tidak, kita juga perlu fokus ketika bertahan,” katanya ketika sidang media secara maya semalam.

Jika perbandingan dibuat, rekod pertemuan kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Malaysia yang menang dalam dua aksi terakhir pada Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Selain memburu kejayaan buat rakyat Malaysia, Cheng Hoe juga mahu menjadikan kemena­ngan ke atas Indonesia sebagai hadiah kepada warga Malaysia yang berada di Singapura.

“Saya dapat lihat penyokong Malaysia dalam tiga perlawanan lalu di Stadium Bishan. Terima kasih kepada semua yang datang berikan sokongan kepada pasukan.

“Kami mahu balas balik dan beri sesuatu kepada mereka. Kami mahu kembalikan kece­ria­an terutamanya bagi mereka yang sudah lama tidak dapat balik kerana pandemik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI