fbpx

Tak boleh tidur, Anzalna mahu bantu keluarga terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA meluahkan rasa bimbang sehingga tidak dapat tidur malam gara-gara memikirkan keadaan mangsa banjir di luar sana.

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir mengakui tidak boleh tidur malam dan terkesan mengenangkan musibah banjir yang menimpa ribuan mangsa sekitar Lembah Klang sejak semalam.

Terpanggil untuk membantu apa yang termampu, Anzalna atau nama Nur Anzalna Md. Nasir berkata, dia tidak sampai hati melihat ramai mangsa yang rata-rata kediamannya dinaiki air hingga merosakkan harta benda mereka.

“Sedih tengok banyak rumah dinaiki air, kereta dan motor rosak. Semoga tabah menghadapi dugaan dan moga dipermudahkan segalanya.

“Insya-Allah, Anzalna akan tolong apa yang termampu. Kepada keluarga yang mempunyai anak kecil, tolong DM (mesej) kalau memerlukan pertolongan dari segi keperluan harian,” tulisnya menerusi InstaStory.

Dalam hantaran sama, finalis Dewi Remaja 2010 itu turut tidak lena tidur malam apabila mengenangkan nasib mangsa banjir yang terjejas teruk lebih-lebih lagi anak-anak kecil yang terlibat sama.

“Selalunya bila hujan lena tidur tetapi kali ini tidak tidur pun tak apa sebab risau. Terfikir keluarga yang ada anak-anak kecil kesejukan.

“Sekarang pun hujan masih berterusan. Hanya Allah saja mampu melindungi kita semua. Marilah kita semua berdoa,” tulisnya lagi.

Terdahulu, hujan berterusan yang turun sejak Jumaat lalu menyebabkan banyak kawasan di Lembah Klang dinaiki air dan teruk terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI