fbpx

Sering dihina, Jin nekad ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN

BEKAS anggota kumpulan Lovelyz, Jin mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang dalam media sosial yang berniat jahat terhadapnya.

Jin atau nama sebenarnya Park Myeong-eun, 26, meluahkan hasrat tersebut menerusi InstaStorynya.

Kata Jin, dia trauma dengan seorang pengikut yang tidak henti-henti menghantar mesej, membuat panggilan dan menggunakan bahasa serta kata-kata kesat sejak setahun lalu.

“Sejak September tahun lalu, ada seorang yang menghantar mesej maki hamun kepada saya.

“Mereka menggunakan banyak akaun yang berbeza tetapi berdasarkan kandungan atau perkataan, saya percaya bahawa itu adalah orang yang sama.

“Dia sering mengutuk tentang penampilan, imej, watak dan apa sahaja dirasakan tidak kena dengan saya. Hampir setahun diperlakukan begini, hati saya jadi sakit dan nekad untuk ambil tindakan undang-undang,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI