fbpx

Perak siap sedia hadapi bencana banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad menyampaikan sijil serta cenderamata kepada ahli UMNO Larut dalam Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut 2021 di Selama hari ini.

LARUT – Kerajaan negeri Perak sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi bencana banjir selain mengarahkan pihak jawatankuasa setiap daerah dan agensi berkaitan di negeri ini untuk bersiap sedia.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, semua pihak berkaitan diminta sentiasa siaga tambahan pula dalam keadaan musim tengkujuh dan hujan berpanjangan.

“Kita bimbang kalau berlaku (banjir) pada waktu malam keadaannya akan sukar, kalau nasib tak baik berlaku bekalan elektrik terputus maka kita akan menghadapi masalah.

“Kalau kita tak siap siaga, bila musibah baru kita nak kena cari pusat penempatan sementara. Jadi, semua agensi yang terlibat kena siaga jangan tunggu ia berlaku baru kita nak buat semua itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama dekat sini hari ini.

Menurutnya, banjir yang berlaku di daerah Hilir Perak ketika ini disebabkan pertembungan air pasang besar dan hujan yang lebat.

“Sehubungan itu, penduduk di pesisir sungai dan pantai di negeri ini dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan.”

Sementara itu katanya, kerajaan negeri Perak juga akan melihat bantuan sesuai yang boleh disalurkan kepada negeri-negeri terkesan banjir khususnya di Selangor dan Pahang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI