fbpx

‘Pengurusan empangan bukan di bawah bidang kuasa kami’ – MPAJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang palsu ditularkan individu tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej yang tular di media sosial mengenai kejadian banjir besar bakal berlaku.

Menerusi satu kenyataannya di Facebook, MPAJ memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut seperti mana yang telah tular kerana pengurusan empangan bukan di bawah bidang kuasa mereka.

“Mohon abaikan mesej yang tular ini kerana ia adalah berita palsu.

“Semak sebelum sebar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI