fbpx

Pengunjung, pengusaha premis hiburan dikompaun RM67,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengunjung premis hiburan yang dikompaun RM67,000 di Jalan Dutamas.

KUALA LUMPUR – Pengunjung termasuk pengusaha premis pusat hiburan dikompaun RM67,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di Jalan Dutamas, Sentul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN) Sentul pada pukul 11 malam, Jumaat lalu.

“Hasil serbuan seramai 67 pengunjung dikompaun RM1,000 setiap individu kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal mengikut SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ujian saringan awal air kencing pula mendapati sembilan individu positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek telah ditahan reman selama tiga hari sehingga 20 Disember ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI