fbpx

Pemuda sempat cuci kudis ibu sebelum dibawa arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga mangsa yang hanyut dibawa arus deras menunggu di lokasi kejadian di Kampung Chempaka di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Semalam sebelum dia keluar rumah, dia sempat mencuci kudis di kaki saya serta memakaikan saya stokin, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihatnya,”kata Rahimah Abdullah, 59, ibu kepada Mohd Halmi Nazlan, 34, yang hilang dikhuatiri lemas di sungai di Kampung Chempaka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini, kereta Proton Exora yang dinaiki mangsa bersama seorang rakannya hanyut dibawa arus deras ketika melalui jambatan di sungai kampung terbabit.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Muhammad Amirul, 23, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sebaliknya mangsa terus hilang dibawa arus.

Menurut Rahimah, selepas menolongnya mencuci kudis dan menyarungkan stokin, Mohd Halmi memberitahunya mahu pergi ke Kampung Seri Damai, di sini untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

“Bapanya, Nazlan Hassan, 62 ada menghubunginya dan menyuruh pulang segera kerana kawasan rumah kami mula dinaiki air selain turut menasihatinya supaya berhati-hati kerana kawasan Seri Damai juga telah dinaiki air.

“Kali terakhir bapanya berhubung dengannya melalui WhatsApp kira-kira pukul 7 pagi tadi dan selepas itu kami gagal menghubunginya sebelum bapa kepada rakannya itu datang ke rumah memaklumkan kejadian ini,”katanya yang tinggal di Kampung Kuala Pahang di sini.

Menurutnya, Mohd. Halmi adalah anak kedua daripada lima beradik seorang yang sentiasa boleh diharapkan terutamanya ketika di rumah dan mangsa bekerja di sebuah kilang kereta di Pekan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI