fbpx

Masalah kekurangan tenaga asing sektor perladangan bakal selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Masalah kekurangan guna tenaga asing dalam sektor perladangan di Malaysia dijangka dapat diatasi dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Republik Rakyat Bangladesh.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, MOU terdahulu telah tamat tempoh pada 17 Februari 2021, dan MOU baharu ini akan berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026.

Katanya, sehingga 30 November 2021, sejumlah 326,669 pekerja warga Bangladesh bekerja di Malaysia dengan jumlah majoriti di sektor perkilangan (111,694) dan sektor pembinaan (136,897).

“MOU ini antara lain menggariskan tanggungjawab Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh termasuklah majikan dari Malaysia dan pekerja dari Bangladesh serta tanggungjawab agensi-agensi pekerjaan swasta kedua-dua negara.

“Pelaksanaan MOU ini akan dikawal selia oleh satu Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Group – JWG) yang dianggotai oleh kedua- dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI