fbpx

Mahu jadi pereka fesyen terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN menuntut dalam bidang fesyen, Cammy turut terlibat dalam dunia peragaan dan penggambaran iklan.

TIDAK takut bermula dari bawah, Dzarith Camellia Dzulbahar, 21, berhasrat untuk memiliki empayar perniagaan pakaian suatu hari nanti.

Impiannya untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam industri fesyen merupakan aspirasi buat gadis jelita tersebut yang mesra dipanggil Cammy.

Berasal dari Kuala Lumpur, anak kedua daripada tiga beradik ini turut bergelar model pentas peragaan dan penggambaran iklan.

Menurut Cammy, usia muda sentiasa membuatkan dirinya terpanggil untuk meneroka lebih banyak cabang dan peluang di dalam dunia fesyen.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Fesyen dan Komunikasi, Universiti dan Kolej Antarabangsa (INTI) tersebut berkongsi mengenai diri dan juga perkara yang diminatinya.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan mengenai diri Cammy?
Cammy: Saya merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berasal dari Kuala Lumpur. Ketika ini masih belajar dalam bidang pengurusan fesyen dan komunikasi di Kolej INTI. Jika tiada aral melintang, saya akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom tahun depan. Saya sebenarnya seorang yang pemalu
lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.

Mengapa memilih bidang fesyen ?
Sejak dari kecil, saya suka melihat ibu mengenakan pakaian cantik. Apabila masuk usia remaja, saya mula menonton filem-filem antaranya Devils Wear Prada dan Dior and I, jadi secara tidak langsung ia membuka mata dan memberi inspirasi untuk menjadi pereka fesyen bertaraf antarabangsa.

Jenis fesyen yang diminati?
Buat masa ini, saya lebih gemar memilih konsep minimalis, kasual dan moden kerana
lebih mudah digayakan.

DZARITH CAMELLIA

Siapa idola Cammy?
Alia Bastaman kerana beliau seorang pereka yang mempu­nyai hasil kerja yang teliti malah seorang usahawan yang tahu mengenai produknya. Melihat sentuhan pada rekaan dan pendekatan yang diambil dalam mengetengahkan produk, Alia mempunyai kelas yang tersendiri, sememang­nya satu inspirasi untuk saya.

Apakah ciri ciri lelaki idaman Cammy?
Seorang yang tinggi dan mempunyai kerjaya yang diminati. Selain itu, lelaki tersebut mestilah sopan dan pandai mengambil hati keluarga saya. Paling pen­ting, lelaki tersebut tidak terlalu berkira atau kedekut.

Umur yang sesuai untuk wanita berkahwin?
Secara peribadinya, saya tidak bercadang untuk berkahwin pada usia yang terlalu muda kerana mahu mengejar cita-cita terlebih dahulu. Justeru itu, bagi saya usia 25 adalah masa yang sesuai untuk memulakan hidup berumah tangga.

Apa pandangan Cammy sekiranya lockdown dilaksanakan semula?
Berkurung di musim pandemik adalah sesuatu yang memenatkan. Namun, jika terpaksa demi keselamatan orang ramai, kita perlu akur dengan perintah tersebut. Jadi saya menyokong penuh inisiatif tersebut dan berharap agar Malaysia kembali pulih seperti sedia kala. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI