fbpx

Lebih ramai bomba dikerah jika banjir makin meruncing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia mengerahkan lebih ramai anggota bomba termasuk dari negeri-negeri yang tidak dilanda banjir untuk membantu operasi mencari dan menyelamat jika keadaan bencana itu semakin meruncing.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam hal ini, beliau telah bercakap sendiri dengan Ketua Pengarah JBPM iaitu Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku peneraju operasi yang dijalankan secara bersepadu bersama beberapa agensi lain itu.

“Ketika ini, saya difahamkan bahawa terdapat lebih kurang enam negeri yang terlibat dengan banjir terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, saya akan diberikan taklimat penuh oleh pihak bomba di Balai Bomba Penyelamat Bukit Jelutong (Shah Alam, Selangor) selepas pulang nanti untuk mengetahui keadaan semasa banjir sebelum langkah seterusnya boleh diambil,” katanya.

Reezal Merican selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana peringkat Parlimen Kepala Batas di Kubang Menerong, Tasek Gelugor hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana peringkat Parlimen Kepala Batas yang disertai oleh 150 kanak-kanak di Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Ketika ini, seramai 4,819 anggota bomba termasuk pasukan bomba sukarela telah diatur gerak untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI