fbpx

Laluan Lebuh Raya KLK, LPT masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Laluan Lebuh Raya Karak Kuala Lumpur (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir dan tanah runtuh selepas Kilometer (KM) 66 .

Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun bagi pengguna dari Genting untuk ke Gombak, laluan KLK masih boleh dilalui.

“Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya laluan KLK dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui dan kesemua laluan selepas KM 66 masih ditutup kepada semua kenderaan.

“Buat masa ini kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang,”katanya.

Anih Berhad berkata, kerja-kerja membaik pulih kawasan yang terjejas akan dilakukan segera.

Pada masa sama katanya, mangsa yang terjejas di lebuh raya juga akan diberikan bantuan yang sewajarnya oleh petugas lebuh raya seperti bantuan makanan dan minuman.

Bagi mendapatkan info dan maklumat lanjut pengguna boleh mengikuti laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Anih Berhad di Twitter @LLLTrafik @LPTTrafik.

Selain itu, maklumat juga boleh didapati menerusi Facebook LLM, LPT atau hubungi hotline LLM di talian 1-800-88-7752 dan LPT-Line di talian 09-5479111 atau 1-800-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI