fbpx

‘Kereta calar, palang tol tiba-tiba turun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan palang tol turun secara tiba-tiba menyebabkan pemandu terlanggar palang tersebut di lorong RFID.

PETALING JAYA – Pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) dan pemansuhan penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag yang bakal dihentikan secara berperingkat telah menimbulkan kegusaran kepada orang ramai ekoran banyak kejadian yang berlaku disebabkan penggunaan teknologi itu.

Terbaharu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 15 Januari depan.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik ke media sosial oleh @j_cy99, memaparkan kejadian buruk menimpa dirinya apabila palang tol secara tiba-tiba turun menyebabkan keretanya terlanggar palang tersebut dan beberapa bahagian keretanya calar teruk.

Dalam kejadian itu, pemandu tersebut dilihat masuk ke laluan RFID dan menunjukkan bayaran tol ditolak sebelum palang terbuka dan kemudiannya palang tersebut ditutup hanya dalam beberapa saat.

Selain itu, menerusi kapsyen yang dimuat naik, pemandu itu mendakwa sudah membuat aduan mengenai insiden yang berlaku, tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak RFID.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Lepas tengok video ini, rasa takut nak guna RFID, habis rosak kereta,” kata @sissy_99.

“Lagi bahaya guna sistem automatik dari manual, boleh saman sebab bukti ada,” kata @abangcendol.

“Mungkin sensor laluan rosak, kejadian sama pernah jadi pada saya di tol bentong, nasib baik tak teruk dan hanya calar pada kereta,” kata @UcuHolic. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI