SEREMBAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban akan menutup Laluan FT 086 Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara jalan Pantai dan Jeram Toi kepada pengguna jalan raya.
JKR daerah Seremban dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menutup jalan berkenaan berikutan tanah runtuh di kawasan berkenaan.
“Penutupan jalan Persekutuan secara sementara bagi laluan keluar dan masuk bermula hari ini (19 Disember) sehingga dimaklumkan kelak.
“Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang giat dilaksanakan ditapak dan penutupan jalan secara sementara pada masa yang ditetapkan adalah perlu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. – K! ONLINE