fbpx

Indonesia hanya berbekalkan kekuatan mental – Tae-yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA diperkuat oleh sebahagian besar pemain muda yang membawa cabaran mereka pada saingan Piala AFF kali ini. – FB PSSI

TIADA sebarang kejutan yang diharapkan Indonesia daripada pemain mudanya kecuali hanya kekuatan mental untuk berdepan aksi getir menentang Malaysia di Stadium Nasional Singapura, malam ini.

Ketika Harimau Malaya berdepan misi wajib menang, pengendali Indonesia, Shin Tae-yong tetap waspada dengan kua­liti yang ada pada Malaysia.

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga mengakui tiada gambaran jelas sejauh mana kebangkitan mampu dijelmakan Malaysia dan kini hanya memiliki tempoh 24 jam untuk menganalisa permainan Harimau Malaya.

“Malaysia adalah pasukan yang bagus dan mereka miliki kemampuan untuk berikan sai­ngan. Saya minta kepada pemain supaya melakukan persiapan dengan baik.

“Tiada kelainan yang saya buat untuk menghadapi perlawanan ini. Kita akan buat analisa permainan Malaysia kerana di sebalik kekuatan, mereka juga ada kelemahan.

“Saya yakin pemain miliki kekuatan mental dan setiap hari, pemain muda Indonesia bertambah baik,” katanya pada sidang media secara maya semalam.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada Malaysia yang menang dalam dua aksi terakhir di Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Tae-yong turut mengesahkan semua pemainnya berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk diturunkan bagi menghadapi perlawanan yang menentukan peluang mereka dalam saingan Piala AFF kali ini.

“Saya dapat lihat semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan keyakinan mereka juga bertambah. Ramai yang katakan Indonesia pasukan yang unggul tetapi kita tidak tahu kerana permainan boleh berubah.

“Paling penting adaah persiapan dan kalau pemain mampu ikut apa yang kita rancang, kita mampu memperoleh hasilnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI