fbpx

Hutang dunia membukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan ibu pejabat Bank Dunia di Washington. - AFP

WASHINGTON – Tsunami besar hutang melanda dunia semasa pandemik dengan pinjaman berlaku secara tidak terkawal, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Dunia kini menyaksikan timbunan hutang berjumlah AS$226 trilion (RM953.3 trilion) sekali gus peningkatan tertinggi sejak Perang Dunia Kedua.

Semua golongan di seluruh dunia kini berhutang termasuk kerajaan, isi rumah dan badan korporat. Bagaimanapun, lonjakan terbesar datang daripada hutang awam iaitu duit rakyat yang dipinjam oleh kerajaan.

Hutang kerajaan-kerajaan pula menyamai 99 pratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) global. Pandemik Covid-19 memaksa kerajaan-kerajaan membuat pinjaman dalam jumlah yang besar.

Negara di seluruh dunia turut berbelanja besar untuk mengekalkan ekonomi selain perlu menyokong rakyat masing-masing dengan memberikan makanan percuma, penjagaan perubatan, vaksin dan infrastruktur.

Justeru, kerajaan-kerajaan tiada pilihan melainkan meminjam untuk memenuhi perbelanjaan. Situasi itu menyebabkan ekonomi-ekonomi utama dunia banyak berhutang.

Amerika Syarikat mempunyai kadar hutang kerajaan tertinggi di dunia dengan  hampir AS$20 trilion (RM84.3 trilion) atau lebih 100 peratus KDNK negara itu.

Situasi Jepun juga mencemaskan. Negara itu meminjam lebih AS$9 trilion (RM37.9 trilion)  iaitu lebih 230 peratus daripada KDNKnya

China mempunyai hutang negara berjumlah lebih AS$5 trilion atau lebih 50 peratus daripada KDNK negara komunis itu. Beijing yang kerap meminjam telah menyumbang kepada masalah tersebut ketika hutang dunia mencatat peningkatan AS$28 trilion (RM118.1 trilion)

Negara maju dan China merangkumi 90 peratus daripada keseluruhan pinjaman global. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI