fbpx

Empat maut, pesawat ringan terhempas di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di dalam laut dekat Brisbane. - AFP

BRISBANE, Australia – Dua orang dewasa dan dua kanak-kanak terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas dekat bandar raya Brisbane, kata polis hari ini.

Polis negeri Queensland berkata, keempat-empat mangsa terbunuh apabila pesawat kecil itu terhempas di perairan cetek dekat Redcilffe, utara Brisbane pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Mayat  juruterbang berusia 69 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang individu dewasa dan dua kanak-kanak ditemui oleh pasukan penyelam polis tidak lama kemudian. Identiti kesemua penumpang masih belum dikenal pasti.

Pegawai polis tempatan, Inspektor Craig White menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan tragis menjelang hari Krismas.

“Ini adalah perkara  yang tidak harus dilalui oleh sesebuah keluarga menjelang waktu ini (menjelang Krismas),” katanya. 

Media tempatan memaparkan pesawat empat tempat duduk itu berada dalam kedudukan terbalik di dalam air.

Laporan awal menyatakan  pesawat itu terhempas sejurus selepas berlepas, kata pihak berkuasa tetapi siasatan penuh telah diarahkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI