fbpx

Catu belanja makan RM3 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMMI KALSOM dan suaminya, Yaakob kini dijaga oleh anak lelaki mereka ketika ditemui di rumah pasangan itu di Ampang, Selangor baru-baru ini.

AMPANG – Seorang lelaki sanggup melepaskan kerjaya demi menjaga dan menguruskan k­edua-dua ibu bapanya yang lumpuh sejak tiga tahun yang lalu.

Muhammad Puteh Yaakob, 40, mengambil keputusan berhenti kerja pada tahun 2019 setelah bapanya, Yaakob wahab, 65, diserang angin ahmar selepas terjatuh sewaktu berniaga di sebuah pasar malam di daerah ini.

Lebih memilukan, ibunya, Ummi Kalsom Man, 65, memerlukan penjaga rapi kerana menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang tahap empat sejak 15 tahun lalu.

“Sebelum ini saya melakukan kerja pengabutan (fogging) de­ngan sebuah agensi di bawah ­Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Selepas bapa jatuh sakit, sukar untuk saya keluar bekerja kerana perlu menguruskan mereka di rumah seperti menyediakan makanan dan membuang air. Jadi saya nekad berhenti kerja demi menjaga mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Puteh, selepas berhenti kerja, dia kini melakukan kerja-kerja kampung dengan anggaran pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

Puteh mengakui pada awalnya mereka tiga beranak terpaksa mencatu perbelanjaan dengan memperuntukkan wang seba­nyak RM3 untuk makan setiap hari.

“Kami bernasib baik kerana ramai yang menghulurkan ban­tuan termasuk penduduk kampung dan Lembaga Zakat Selangor.

“Sumbangan itu digunakan sebaik mungkin untuk membeli barangan keperluan dan membayar sewa rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ummi Kalsom melahirkan rasa terharu me­ngenangkan nasib diri dan suaminya yang sakit sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergantung harap dengan anak lelaki untuk bergerak.

“Saya tidak menyangka apabila datang ke Selangor, kami jatuh sakit. Selepas saya, suami pula diuji penyakit. Kami tidak ada waris di sini kecuali beberapa kawan baik yang sanggup datang melawat dan membantu lebih-lebih lagi sepanjang musim pandemik,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­­­­ny­um­bang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 1626-7418-6061 milik Ummi Kalsom Man atau menghubu­nginya di talian 018-9870819. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI