fbpx

Banjir : Tiga pos PGA ditenggelami air ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Pos PGA Pak Teh Kana, Rantau Panjang yang masih beroperasi meskipun sudah ditenggelami banjir. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Tiga buah pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini terpaksa ditutup sementara waktu selepas ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pagawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, tiga pos itu adalah Ibrahim Pencen, Wakaf Zin dan Pos Kaloi di Kuala Jambu, Tumpat.

Menurutnya, pos Sharifah, Salleh Berek dan Pak Teh Kana masih beroperasi seperti biasa meskipun telah ditenggelami air.

“Kami tetap setia menjaga perbatasan negara daripada sebarang kegiatan jenayah.

“Rondaan menerusi Op Benteng Covid-19 bermula dari Rantau Panjang ke Tumpat tetap berjalan seperti biasa meskipun banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azhari memberitahu, Batalion 7 PGA akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat seperti lori untuk membuat rondaan.

Katanya, bagaimanapun keselamatan anggota tetap diberikan keutamaan sepanjang melaksanakan penugasan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI