fbpx

Banjir terburuk di Gua Musang selepas 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tengah) melawat mangsa banjir di PPS SK Kuala Betis, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Orang Asli di daerah ini yang terlibat dalam banjir menyifatkan kejadian yang melanda kawasan penempatan mereka merupakan bencana yang terburuk selepas banjir besar tujuh tahun lalu.

Tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini setakat pukul 2 petang tadi mendapati, seramai 14 keluarga membabitkan 52 komuniti Orang Asli mendapat perlindungan di situ.

Rata-rata penduduk yang tinggal di PPS itu merupakan penduduk kampung pedalaman yang terkandas selepas jalan perhubungan rosak akibat banjir.

Seorang penduduk Orang Asli Pos Bihai, Roslin Aluj, 50, berkata, dia tinggal di PPS itu sejak dua hari lalu bersama lima orang ahli keluarganya.

Katanya, mereka bersyukur apabila disediakan makanan empat kali sehari dan tempat tidur di sekolah itu.

“Banjir kali ini seperti tahun 2014 yang lalu apabila air sungai naik dengan cepat sehingga menjejaskan jalan perhubungan dan tanaman kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN