fbpx

Banjir : Peniaga jangan sorok bekalan keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menyorok bekalan keperluan bagi memastikan keperluan asas pengguna di kawasan terjejas banjir mencukupi dan mudah diperolehi.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam menegaskan, peniaga yang didapati melakukan aktiviti menyorok bekalan keperluan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Selain itu, peringatan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir termasuk agensi kerajaan agar mendapatkan bekalan barang keperluan melalui pemborong di lokaliti tertentu dan bukannya premis di peringkat runcit bagi mengelakkan bekalan keperluan terjejas.

“Pengguna juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika musim tengkujuh ini dengan memastikan kesihatan dan keselamatan diri juga keluarga serta memaklumkan kepada pihak KPDNHEP sekiranya menghadapi kesukaran dalam memperolehi bekalan keperluan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDNHEP meningkatkan pemantauan rapi bagi memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi untuk pengguna lebih-lebih lagi di kawasan terjejas teruk akibat banjir ketika ini.

Katanya, pemantauan ke atas kedudukan bekalan keperluan di seluruh negara ditingkatkan melalui pemeriksaan ke atas pengilang terpilih daerah (DDM), pemborong terpilih daerah (DDW) dan peruncit terpilih daerah (DDR) yang telah dilantik di seluruh negara selain di premis-premis lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI