SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan prioriti untuk memastikan kesemua mangsa banjir diberi bantuan makanan yang secukupnya.
Menurutnya, bantuan aset-aset juga akan segera dilakukan bagi memastikan kerja-kerja membantu mangsa banjir berjalan dengan lancar.
“Saya terus ke SK Johan Setia, Klang pagi ini bertemu mangsa banjir.
“Keutamaan saya pastikan bantuan makanan dan segala aset sampai segera,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Johan Setia hari ini. – K! ONLINE