fbpx

Banjir : Hampir 200 penduduk Kampung Puom, tiada sebarang akses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Kampung Puom.

JELEBU – Hampir 200 penduduk Kampung Puom dekat sini terkandas dan tiada sebarang akses bantuan dapat diberikan susulan air Sungai Kenaboi yang masih tinggi hingga ke paras dada setakat pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Fazzil Mohd. Yunus berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon secara serentak berikutan penduduk kampung berkenaan.

“Ia berikutan Jambatan di Kampung Puom terputus hubungan manakala, jalan Kampung Chennah hendak ke Kampung Puom juga tidak boleh dilalui kerana air masih dalam dan melintangi jalan. Jadi, Kampung Puom terkepung dan kami tidak dapat memberi sebarang bantuan dan akses kepada mereka disebabkan

“Kami telah memasuki Kampung Chennah dan membuka beberapa laluan keluar masuk tadi susulan terdapat empat lokasi pokok tumbang. Sungai Kenaboi juga air masih tinggi paras dada tinggi dan saya juga dimaklumkan mereka (penduduk Kampung Puom) tiada sebarang sumber air, tiada sumber elektrik dan tiada sebarang komunikasi ketika ini. Kami juga tidak boleh menggunakan bot untuk tujuan penyelamatan susulan air sungai agak deras,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya telah dimaklumkan oleh penduduk dapat menghubungi pihak bomba memaklumkan bahawa semua penduduk berada dalam keadaan selamat.

“Saya dihubungi oleh penduduk kampung pagi tadi memaklumkan mereka semua dalam keadaan selamat dan berada di surau Kampung Puom. Hampir 200 penduduk kampung melibatkan 80 unit rumah di Kampung Puom terjejas,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI