PETALING JAYA – Warga kota dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi banjir berikutan empat sungai utama di sekitar Kuala Lumpur telah melepasi paras bahaya ketika ini.
Menerusi ciapan di laman Twitter Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, antara sungai tersebut adalah Sungai Batu di Sentul dan Sungai Klang di Tun Perak.
Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Sungai Kerayong di Razak Mention.
“Bersedia dengan segala kemungkinan banjir,” ciapnya.
Menurut beliau, Sebarang aduan banjir, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian 03-22028142 atau aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). -K! ONLINE