fbpx

‘Anak ikan’ cuba dekati Adibah Noor?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIBAH NOOR

TERBELIAK biji mata membaca ciapan Adibah Noor baru-baru ini apabila ada golongan lelaki yang mula mendekatinya untuk dijadikan ‘sugar mummy’.

Kata Adibah, individu tersebut menghantar foto-foto ‘tayang badan’ menerusi mesej dalam media sosial miliknya.

“Kelakarlah! Macam-macam jenis manusia. Sudah ada budak-budak muda yang mesej menayang badan.

“Maaf, akak tak berminat. Saya mungkin akan solo selamanya tetapi tidak keseorangan. Lagipun akak bukan mak cik kayangan yang mampu nak bela kau,” ciap Adibah.

Alahai, carilah rezeki dengan usaha sendiri. Janganlah nak harapkan orang lain untuk menanggung hidup anda pula.

Mungkin mereka tak tahu betapa kuatnya pelantun Terlalu Istimewa itu mencari rezeki demi sesuap nasi. Jangan ambil kesempatan atas kesenangan orang lain ya.

DIVA: Jangan tolak pengambilan dos penggalak. Jika sudah dapat tarikh dalam MySejahtera, tolong pergi ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI