fbpx

AmBank bakal lancar Program Bantuan Banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank bakal melancarkan bantuan yang disasarkan untuk para pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, ini adalah masa yang mencabar untuk seluruh rakyat dan pihaknya komited  menyediakan bantuan kepada semua pelanggan  yang terjejas melalui Program Bantuan Banjir.

“Program ini menyediakan bantuan yang difokuskan kepada pelanggan yang layak dan sedang bergelut dengan kesan akibat banjir.

“Pelanggan akan ditawarkan moratorium sehingga enam bulan untuk semua pinjaman dan kemudahan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit dan tidak akan dikenakan sebarang caj lewat atau penalti sepanjang tempoh moratorium.

Gambar hiasan

“Selain itu, pelanggan yang mahu membuat penggantian buku simpanan, buku cek, sijil simpanan tetap, kad ATM, kredit dan debit, tidak akan dikenakan caj sampingan dan penggantian dalam usaha kami
membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Sulaiman menjelaskan, pelanggan AmBank yang mengalami kesulitan dan gangguan akibat banjir boleh menghubungi cawangan terdekat mereka atau Pusat Perhubungan 24 jam AmBank di talian 03-2178 8888.

Di samping membantu para pelanggan, AmBank melalui Kumpulan Kelab AmBank akan menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangannya yang terjejas akibat banjir bagi meringankan kesusahan
yang dihadapi oleh mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI