fbpx

Agong tinjau kawasan banjir di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan meredah air banjir ketika mencemar duli meninjau sendiri situasi banjir di sekitar ibu kota.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau situasi banjir di sekitar ibu kota susulan hujan lebat yang melanda sejak dua hari yang lalu.

Istana Negara memaklumkan, baginda berkenan turun kenderaan di susur jalan menghala ke World Trade Cenrte KL (WTCKL) dan berdiri di tengah hujan serta meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

“Dalam tinjauan ini, baginda turut berkenan menegur orang ramai yang terkesan dengan kejadian banjir.

“Keberangkatan baginda mencemar duli adalah cerminan sifat keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI