PETALING JAYA – Rapid KL menghentikan sementara perkhidmatan bas di 68 laluan sekitar Lembah Klang bermula hari ini ekoran fenomena banjir yang melanda ketika ini.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, penggantungan operasi itu sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Menurut Rapid KL, antara laluan yang terjejas adalah sekitar Klang, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, Gombak dan Ampang.
“Justeru, kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan kami di dalam situasi ini.
“Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada masa sama, Rapid KL memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman para pelanggan. – K! ONLINE.