fbpx

5,731 PPS disediakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,731 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dikenal pasti di seluruh negara mampu menampung seramai 1.63 juta mangsa bencana dalam satu-satu masa.

Penyediaan PPS tersebut bagi mendepani Monsun Timur Laut yang telah bermula pada Oktober lalu dan diramalkan sehingga Mac tahun depan, disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sejumlah 134 PPS adalah berkapasiti besar, 1,970 berkapasiti sederhana dan 3,627 berkapasiti kecil serta dilengkapi keperluan asas seperti pakaian, makanan, hand sanitizer, pelitup muka serta cubicle (bilik kecil) bagi menempatkan mangsa.

“Sehingga pukul 11.30 malam tadi (semalam), sebanyak enam negeri telah dilanda banjir iaitu Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Sebanyak 220 PPS telah dibuka melibatkan 5076 keluarga dan 13,872 mangsa.

“Bagi menangani penularan Covid-19 tatkala negara berdepan bencana banjir, kesemua mangsa akan melalui saringan Covid-19 untuk mengelakkan daripada tercetusnya kes Covid-19 sebelum penempatan dibuat di PPS berkaitan. PPS khusus akan disediakan bagi mangsa yang positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau telah menggerakkan seramai 1,000 pegawai dan kakitangan JKM bagi membantu mangsa di lokasi bencana banjir selain seramai 500 sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa di PPS yang beroperasi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI