fbpx

54 mangsa banjir berlindung di Stesen LRT Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong ditemani Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah melawat mangsa banjir yang berlindung di Stesen LRT Putra Heights.

SUBANG JAYA – Seramai 54 mangsa banjir di Kampung tengah, Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Sungai Baru dekat sini terpaksa menumpang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kesemua mereka termasuk yang membawa bayi dan kanak-kanak menyelamatkan diri ke stesen itu kerana kedudukannya yang tinggi dari paras air.

“Mereka datang ke Stesen LRT Putra Heights sehelai sepinggang malam tadi selepas pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan agensi kerajaan telah penuh.

“Prasarana atas dasar ihsan telah mengatur mereka duduk di dalam dan menjadikan stesen ini sebagai “temporary relief centre” (PPS) kerana di sini terdapat tandas, tempat mandi dan sembahyang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ka Siong berkata, beliau sebagai Menteri Pengangkutan berrasa terharu dengan tindakan Prasarana yang turut menyediakan segala keperluan makanan, selimut, pampers dan sebagainya kepada para mangsa terlibat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI