fbpx

PRN Sarawak: Tidak rasmi, GPS menang 42 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 42 kerusi telah dimenangi oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sebuyau dan Belaga telah sah dimenangi GPS.

Sementara 40 kerusi lain yang turut dimenangi GPS dalam keputusan tidak rasmi adalah termasuk, Tanjung Datu, Pantai damai, Satok, Batu Kawah serta Asajaya.

Ketika ini, hanya satu kerusi iaitu di DUN Simanggang dikuasai oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI