fbpx

PRN Sarawak: Peratusan keluar undi cecah 32 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peratusan pengundi meningkat kepada 32 peratus setakat pukul 11 pagi tadi. /FOTO MOHD. IQBAL ROSLI

KUCHING – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 32 peratus pengundi telah menunaikan kewajipan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, angka peratusan terbabit dicatatkan setakat pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, peratusan keluar mengundi dilaporkan pada pukul 9 pagi ialah sebanyak 11 peratus sebelum meningkat kepada 22 peratus pada pukul 10 pagi.

SPR sebelum ini menjangkakan sebanyak 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab hari ini selepas kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI