KUCHING- Jumlah pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini mencatatkan peratusan sebanyak 11 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, peratusan keluar mengundi itu dicatatkan setakat pukul 9 pagi tadi.
Hari ini, lebih 1.2 juta pengundi di Bumi Kenyalang akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih parti terbaik untuk membentuk kerajaan.
Proses pengundian tersebut melibatkan sebanyak 1,866 Pusat Mengundi dengan 3,555 saluran. -K! ONLINE