PETALING JAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) sah menawan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak setakat pukul 8 malam.
Keputusan rasmi itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman portal rasminya.
Antara DUN yang berjaya dimenangi GPS adalah Daro, Bukit Saban, Saribas, Krian, Muara Tebing, Tamin, Bukit Sari, Kalaka, Bukit Begunan, Tellian, Serembu.
Turut dikuasai GPS, DUN Sadong Jaya, Tarat, Balingian, Bukit Goram, Layar, Gedong, Pelagus, Balai Ringin, Beting Maro, Asajaya, Sebuyau, Belaga, Tanjong Datu dan Kabong.
Sementara itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula hanya memenangi dua kerusi setakat ini iaitu di Ba’kelalan dan Engkilili-K! ONLINE