fbpx

PRN Sarawak: GPS menang 6 lagi kerusi, Abang Johari tawan DUN Gedong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menawan enam lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak apabila kesemua calon mereka memenangi kawasan masing-masing.

Antara DUN yang dimenangi GPS adalah Gedong, Pelagus, Balai Ringin, Beting Maro, Asajaya dan Layar.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berjaya menawan kerusi DUN Gedong apabila meraih sebanyak 4,310 undi dengan majoriti 3,607 undi.

Sementara itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) turut memenangi satu kerusi menerusi calonnya, Baru Bian di DUN Bakelalan.

Setakat pukul 7.20 malam tadi, GPS telah memenangi lapan kerusi manakala PSB pula menang satu kerusi-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI