PETALING JAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) sah memperolehi mandat rakyat membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 apabila memenangi mejoriti mudah.
Sehingga pukul 8.45 malam tadi, GPS telah berjaya memenangi 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya membentuk kerajaan negeri Sarawak.
Calon Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang bertanding di DUN Gedung turut menepati ramalan setelah menang selesa di kerusi tersebut.
Antara kerusi DUN yang dimenangi GPS adalah di Tanjung Datu, Pantai Damai, Satok, Batu Kawah, Tamin, Kakus, Palagus serta Asajaya.
Sehingga kini, calon-calon dari Pas serta Amanah tidak memenangi sebarang kerusi DUN yang dipertandingkan.
Walaubagaimanapun, Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanya memenangi dua kerusi DUN iaitu di Bekalalan dan Engkelili. – K! ONLINE