fbpx

PRN Sarawak: Cuaca cerah buka tirai hari pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING- Tirai pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini dibuka dengan keadaan cuaca cerah di kebanyakkan kawasan di negeri ini.

Keadaan cuaca baik itu membolehkan lebih 1.2 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam keadaan selesa sekali gus melancarkan proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang nanti.

Sebanyak 1,866 Pusat Mengundi 3,555 Saluran di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka dengan dibantu lebih 46,565 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuang undi pagi ini.

Sementara itu, menerusi tinjauan Kosmo! di beberapa Pusat Mengundi sekitar Kuching mendapati rata-rata pengundi mula berada di situ seawal pukul 7.30 pagi tadi.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakkan kawasan di Sarawak mengalami cuaca cerah pagi ini.

Bagaimanapun, ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan menjelang petang selain hujan turut dijangka berlaku pada sebelah malam.

Seramai 349 calon daripada 10 parti opolitik bertanding hari ini bagi menerima mandat rakyat untuk membentuk kerajaan baharu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI