PETALING JAYA – Bekas pengacara televisyen tempatan, Fadhill Mohamad Isa atau lebih dikenali sebagai Cardock yang merupakan calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak memperoleh 60 undian.
Cardock yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong berada di tangga kedua terbawah selepas calon Aspirasi, Josephine Lau yang memperoleh 28 undi.
Kerusi DUN Dudong menjadi tumpuan apabila menjadi DUN yang mempunyai calon paling ramai iaitu lapan penjuru.
Cardock sebelum ini terkenal menerusi saluran YouTube mengenai bidang automotif termasuk memperkenalkan kenderaan baharu.- K! ONLINE