KUCHING- Hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini bukan sahaja memfokuskan kepada proses demokrasi semata-mata sebaliknya dimeriahkan dengan keunikan pelbagai budaya.
Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, kehadiran pengundi bernama Tawud yang merupakan Bidayuh Ring Lady mencuri tumpuan lensa pengamal media apabila beliau mengenakan pakaian tradisi sewaktu membuang undi.
Wanita berusia 75 tahun itu tiba di Pusat Mengundi Bengoh kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.
Wanita itu mengenakan pakaian tradisi Bidayuh Semban.
Sebagai rekod, sebanyak 349 calon bertanding hari ini bagi merebut 82 kerusi DUN seterusnya membentuk kerajaan baharu di Sarawak. -K! ONLINE