KUCHING – Jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini terus meningkatkan dengan catatan sebanyak 22 peratus setakat ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, peratusan keluar mengundi itu dicatatkan setakat pukul 10 pagi tadi.
SPR sebelum ini menjangkakan sebanyak 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab hari ini selepas kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti.
Hari ini, lebih 1.2 juta pengundi di Bumi Kenyalang dijangka akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih parti terbaik untuk membentuk kerajaan Sarawak. -K! ONLINE