fbpx

PRN Sarawak: 1,866 pusat mengundi ditutup sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tepat pukul 5 petang petugas SPR Pusat Pengundian N8 Satok menutup Pagar Tanda rasminya tamat tempoh pembuangan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua No 4 kuching. - Foto oleh HARITH AUFA

KUCHING- Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bermula pada pukul 8 pagi tadi tamat selepas 1,866 pusat mengundi di negeri ini ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang tadi.

Susulan itu, proses pengiraan undi akan bermula sebelum keputusannya dijangka diumumkan secara berperingkat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal pukul 7 petang nanti.

Terdahulu, sebanyak 1,207 pusat mengundi ditutup setakat pukul 2 petang tadi.

SPR turut memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRN kali ini setakat pukul 3 petang tadi hanya sejumlah 52 peratus.

Sebelum ini, SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 70 peratus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI