fbpx

Lama tak main air, Zaiton Sameon berakit harungi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI bersahaja Zaiton ketika berada di atas rakit buatan sendiri sewaktu mengharungi suasana banjir di kawasan kediamannya.

PETALING JAYA – Sebuah video penyanyi veteren, Zaiton Sameon mendendangkan lagu popularnya, Kabut Serangkai Mawar dalam suasana banjir di atas rakit buatan sendiri menjadi tular menerusi TikTok.

Zaiton, 64, berkata, sudah lama Klang, Selangor tidak dilanda banjir sedahsyat sekarang dan dia menasihatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati berdepan bencana alam yang tidak terduga itu.

“Keadaan sekarang (di rumahnya) masih sama. Banjir kilat di rumah Kak Ton masih belum surut. Terkejut juga sebenarnya pukul 2 pagi malam tadi tiba-tiba rumah dinaiki air dan tengok, tiada elektik. Lama Kak Ton tak main air (ketawa).

“Tapi saya sempat menyelamatkan barang-barang penting. Cuma sebuah peti ais tak sempat diselamatkan. Dah rosak, wayar ‘short’ sebab masuk air.

“Air naik sampai paras paha tapi keadaan masih okey. Saya rakam video TikTok sebab tak nak orang tertekan dan sedih-sedih. Itu niat saya. Saya cakap dengan adik angkat saya, Zul Yunus, ‘why not you rakam video I atas rakit?’ Semuanya berlaku secara spontan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata Zaiton yang cukup terkenal pada dekad 1980-an, adik angkatnya merupakan seorang perancang perkahwinan dan dia seorang yang sangat kreatif.

“Rakit buatan sendiri oleh Zul. Barang-barang pelamin tak pakai kita buat rakit. Jangan risau, air tak dalam tapi jangan tiru aksi ini. Keselamatan saya terjamin,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zul, 32, memberitahu, rumah atau kawasan yang didiami Zaiton bersama dirinya termasuk tiga individu lain terletak di Kampung Tok Muda, Kapar jarang dinaiki air.

“Seingat saya, tahun 1988 adalah kali terakhir banjir begini. Memang nak banjir, apa boleh buat? Hadap sahajalah. Yang penting kita semua jaga diri.

“Kak Ton sendiri cakap dengan saya. Jangan sedih-sedih, hidup perlu diteruskan. Kak Ton buat video itu pun nanti mesti ada orang yang kecam tapi niatnya hanya nak hiburkan hati orang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI