fbpx

KPDNHEP periksa 739 premis, pantau harga ayam, menu makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Penguatkuasaan KPDNHEP Negeri menjalankan pemeriksaan di pasar awam di daerah Barat Daya dan Timur Laut di George Town.

GEORGE TOWN – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merekodkan sembilan kes berkaitan kenaikan harga ayam dan penandaan tanda harga bagi menu makanan di premis termasuk restoran.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pemeriksaan dijalankan susulan aduan menerusi akhbar tempatan mengenai harga ayam melebihi harga maksimum SHMKM serta Ops Menu di daerah Barat Daya dan Timur Laut.

Menurutnya, pemeriksaan turut dilakukan bersama Ketua Seksyen Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (SKHAP), Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Putrajaya, Zubir Hamsa hari ini.

“Pemeriksaan mendapati peniaga pasar awam di daerah itu mematuhi harga SHMKM yang telah dikuatkuasa pada 7 hingga 31 Disember 2021 ini dengan melibatkan 12 barangan keperluan seperti kategori Ayam Hidup, Ayam Standard, Ayam Super dan sayur-sayuran.

“Seterusnya, Ops Menu pula bagi memastikan pematuhan pemilik restoran dan kedai makan terhadap penandaan tanda harga dan pemakaian alat timbang selain mengamalkan budaya perniagaan beretika dan tidak memperdayakan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu lagi, KPDNHEP negeri telahpun menjalankan sebanyak 249 pemeriksaan sejak SHMKM berkuat kuasa dan merekodkan tujuh kes dengan nilai kompaun sebanyak RM500 manakala dua kes lagi dicatatkan dalam Ops Menu melibatkan 490 pemeriksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI