fbpx

Klang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan lelaki itu membuat ketukan sebanyak tiga kali kepada ular berkenaan.

KLANG – Hujan lebat menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat malam tadi.

Ini termasuk di kawasan sekitar seperti Telok Gong, Pandamaran, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Kembong, Bandar Botanik, Taman Melawis, Bandar Sultan Sulaiman dan Bukit Tinggi selain lokaliti di dalam Pelabuhan Utara.

Lebih mengejutkan, banjir tersebut mengundang kehadiran haiwan berbisa terutama ular yang memasuki salah sebuah rumah di Pandamaran.

Berdasarkan perkongsian sebuah video berdurasi 24 saat memaparkan sebuah keluarga berdepan dengan ular sawa dengan salah seorang daripadanya menggunakan parang bagi berdepan reptlia tersebut.

Menerusi video itu memaparkan lelaki itu melakukan ketukan sebanyak tiga kali kepada ular berkenaan.

“Ketuk kepala dia ( ular ), kuat sikit, lagi, lagi , uish besarnya,” kata perakam video tersebut.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di laman Facebook rasminya menyatakan susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan di Klang telah menyebabkan beberapa pencawang elektrik mengalami gangguan bekalan.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Mohon jaga keselamatan dan hubungi 15454 untuk melaporkan pepasangan TNB yang berada dalam keadaan bahaya. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran serta patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI