fbpx

‘Kerja rumah’ dibuat Klopp buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) meledak gol penyamaan ketika Liverpool terlebih dahulu ketinggalan sebelum meraih kemenangan ke atas Newcastle awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Liverpool bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Jonjo Shelvey sebelum The Reds bangkit dengan tiga gol yang dijaringkan Diogo Jota, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan, beliau me­lakukan analisa terhadap corak permainan Bournemouth sebelum perlawanan semalam me­mandang­kan pengendali Newcastle, Eddie Howe pernah membimbing pasukan itu sebelum ini.

“Satu keputusan yang sangat baik. Secara jujur, kami lakukan persediaan dengan mengkaji corak permainan Bournemouth berbanding Newcastle kerana sebelum ini Eddie (Howe) adalah pengendali pasukan itu.

“Sebelum ini, kami ketinggalan 0-1 juga kepada Bournemouth dan bangkit untuk menang 3-1. Justeru, saya fikir, Newcastle mungkin akan gunakan taktik sama kerana Eddie sudah bersama mereka,” katanya.

Meskipun mencatat kemenangan selesa, namun pengendali dari Jerman itu mengakui, mereka berdepan situasi yang cukup sukar sepanjang perlawanan kerana Newcastle bermain sangat baik.

“Selepas ketinggalan 0-1, kami agak kelam-kabut, tetapi mereka bermain agak tenang dan yakin. Bagaimanapun, selepas menya­makan kedudukan, saya gembira kerana kami dapat bermain se­perti biasa,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI