fbpx

Kerajaan bantu lebih 30,000 usahawan yang gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum kerjasama antara Usahanita dan Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) kepada Presidennya, Datin Norlaili Alias di Bentong malam tadi.

BENTONG – Kerajaan akan terus membantu golongan usahawan dan peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 termasuklah lebih 30,000 usahawan yang terpaksa gulung tikar pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai usaha dan inisiatif diperkenalkan kerajaan bagi membantu usahawan yang terjejas untuk bangkit semula dan terus berdaya maju.

“Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada dunia secara amnya dan sudah pasti Malaysia tidak terkecuali, saya faham dan dapat merasai denyut nadi Keluarga Malaysia serta merasai perit jerih setiap usahawan untuk bangkit.

“Pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan Belanjawan 2022 untuk membantu usahawan bangkit semula kesan daripada pandemik Covid-19,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) di sini malam tadi.

Menurutnya, kerajaan telah mengumumkan pelbagai bentuk bantuan untuk rakyat malah Belanjawan 2022 yang diumumkan baru-baru ini juga mesra wanita.

Jelasnya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya lepas tangan dan membiarkan Keluarga Malaysia terkapai-kapai tanpa bantuan sewajarnya malah barisan kepimpinan negara sentiasa memikirkan yang terbaik untuk membantu komuniti usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Antara inisiatif yang khusus untuk memartabatkan usahawan wanita adalah mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam berkuatkuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal.

“Selain itu peruntukan RM5 juta diberikan melalui program kepimpinan muda dan keusahawanan wanita oleh Yayasan Kepimpinan Wanita dan peruntukan RM230 juta bagi pembiayaan usahawan wanita melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, Program DANANITA (MARA) dan TEKUNITA di bawah Tekun Nasional,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI