PUTRAJAYA – Kes kematian mencatatkan di bawah angka 20 dengan 18 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini akibat Covid-19 sebanyak 31,044 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,275 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini
Kesemua kematian dilaporkan di Perak (7), Selangor (3), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Johor (1) dan Perlis (1) serta tiada kematian di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Terdapat 55,475 kes aktif melibatkan 46,457 kes dikuarantin di rumah, 4,566 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,052 kes di hospital, 202 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 198 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE