fbpx

Harga lebih rendah, rakyat perlu rebut peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Adnan (kiri) ketika sesi walkabout PJKM di Presint 9 hari ini. /FOTO IHSAN KPDNHEP

PUTRAJAYA – Jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran tempatan yang ditawarkan pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

Program yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu turut melibatkan Parlimen Putrajaya dengan penganjurannya di Presint 9 di sini, iaitu serentak di 177 Parlimen di seluruh negara.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sehubungan itu, penduduk seharusnya mengambil peluang ke atas inisiatif dan usaha KPDNHEP dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.

Menurutnya, pelaksanaan PJKM oleh KPDNHEP diadakan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.

“Saya nak uar-uarkan kepada warga Putrajaya supaya datang menyahut apa yang disediakan oleh KPNDHEP. Pelbagai barangan keperluan termasuk barangan basah semua ada.

“Diharapkan dapat ambil peluang ini, janganlah tak ambil peluang. Esok kata KPDNHEP tak pedulilah, harga naiklah sedangkan mereka prihatin,” katanya selepas melakukan walkabout di Presint 9 di sini hari ini.

Berhubung kekerapan penganjuran program tersebut, beliau berkata, ia boleh dibincangkan bersama KPDNHEP selain turut mencadangkan jualan tersebut diadakan di lokasi yang berlainan di Putrajaya.

PJKM dianjurkan dengan kerjasama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Kewangan serta agensi dibawahnya dan rakan strategik daripada sektor pemborong dan peruncitan dalam menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda dunia dan negara ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI