fbpx

Cuaca buruk di Kelantan, Pahang sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, bagi negeri Kelantan ia melibatkan daerah Gua Musang, manakala di Pahang pula membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Lipis, Maran dan Kuantan.

Menurut MetMalaysia, dijangka hujan lebat berterusan akan berlaku dikesemua kawasan terbabit.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning di beberapa negeri antaranya Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka.

Di Kedah, antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Untuk negeri Kelantan, ia membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh dan Bachok.

Amaran sama turut dikeluarkan di negeri Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya ia melibatkan seluruh kawasan di negeri terbabit.

Turut terlibat adalah kawasan Alor Gajah di Melaka dan amaran cuaca ini dijangka berlaku sehingga esok. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI